Mengapakah Anda Perlukan Sistem Patuh SAGA?

Pematuhan SAGA?

Apakah yang dimaksudkan dengan Pematuhan SAGA?

SAGA membawa maksud "Standard Accounting for Government Agencies" atau dalam Bahasa Melayu, Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan, yang merupakan satu piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan ataupun secara Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya.

Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan juga Kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan.

Apakah Objektif Pematuhan SAGA?

Objektif utama untuk Pematuhan SAGA ialah bagi memastikan penyata kewangan agensi kerajaan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemas kini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi kerajaan.

Selain itu, pematuhan SAGA juga adalah untuk memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan, integriti dan ketersediaan iaitu data dan maklumat adalah dilindungi dengan baik, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa yang diperlukan.

Objektif Pematuhan SAGA
mematuhi keperluan SAGA

Siapakah yang perlu mematuhi keperluan SAGA?

Kesemua agensi kerajaan perlu mematuhi keperluan SAGA termasuklah Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam.

Mengapakah Anda Perlu Memilih Sistem Kewangan Bersepadu OfficeCentral SAGA?

OfficeCentral SAGA adalah merupakan sebuah Sistem Kewangan Bersepadu Kerajaan (Government Resource Planning) yang terkemuka di Malaysia dan telah digunapakai oleh beberapa agensi kerajaan yang mendapat pengiktirafan SAGA. Dengan reka bentuk sistem yang bersepadu, keseluruhan operasi agensi anda dapat disepadukan dengan lebih cekap dengan modul yang berintegrasi antara satu sama lain. Oleh itu, kesemua data tersimpan secara terpusat dan kakitangan anda akan sentiasa mendapat akses terhadap data yang terkini.

Pematuhan pada Keperluan SAGA

Pematuhan pada Keperluan SAGA

OfficeCentral SAGA telah dibangunkan mengikut Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) yang diiktirafkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan mematuhi pekeliling serta arahan perbendaharaan mengikut keperluan SAGA.

Akses dari mana-mana sahaja

Sistem OfficeCentral SAGA telah dibangunkan secara web-based yang membolehkan pengurusan kewangan agensi anda boleh dibuat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda perlukan.

Akses dari mana-mana sahaja
Rekabentuk Sistem Bersepadu

Rekabentuk Sistem Bersepadu

Sistem OfficeCentral SAGA telah dibangunkan dengan rekabentuk bersepadu. Modul-modul yang berlainan adalah berintegrasi antara satu sama lain dan ini akan membantu anda menyelesaikan masalah ketidaktepatan data.

Dengan ini, kakitangan anda juga dapat bertindak dengan lebih cepat dan meningkatkan produktiviti kerana mereka dapat mengakses data yang sama, yang dikemaskini secara berpusat.

Kawalan Keselamatan

Kami menyediakan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan menggunakan SSL (https://) dan juga Public Key Infrastructure bagi membolehkan anda mematuhi keperluan keselamatan SAGA dari segi dokumen dan transaksi kewangan.

Dengan Sistem OfficeCentral SAGA ini juga membolehkan anda menguruskan kakitangan anda dengan peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Mereka hanya boleh mengakses modul yang anda benarkan berdasarkan peranan yang diberikan kepada mereka.

Kawalan Keselamatan
Commercial Off-The-Shelf

Commercial Off-The-Shelf

Sistem OfficeCentral SAGA juga adalah merupakan sistem yang Commercial Off-The-Shelf dengan banyak modul SAGA telah tersedia dibangunkan. Oleh itu, agensi anda boleh cepat mengimplementasi Sistem OfficeCentral SAGA di agensi anda dengan lebih cepat berbanding sekiranya anda perlu membangunkan dari awal.

Kursus dan Servis Implementasi Projek Disediakan

Pihak kami menyediakan kursus dan juga servis implementasi projek ini bagi membantu anda dalam usaha implementasi Sistem OfficeCentral SAGA dalam agensi anda. Kami akan melatih kakitangan anda agar mereka dapat menggunakan sistem dengan baik. Kami juga ada menyediakan On-Site Go Live Support dalam tempoh awal Go Live di agensi anda bagi membantu anda memastikan proses tersebut berjalan lancar.

Kursus dan Servis Implementasi Projek Disediakan
100% Sokongan Tempatan

100% Sokongan Tempatan

Kami adalah merupakan syarikat 100% tempatan dan menyediakan sokongan pelanggan tempatan. Kami menyediakan pelbagai saluran bantuan teknikal termasuklah Online Help Center, Online Chat, bantuan sokongan melalui telefon dan sebagainya. Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau tentang sokongan dan bantuan teknikal sepanjang anda bersama kami.

Kriteria Pematuhan SAGA (Fungsian)

OfficeCentral SAGA telah dibangunkan dengan mematuhi kriteria-kriteria Fungsian SAGA seperti berikut.

Prinsip Perakaunan Diterima Umum

Prinsip Perakaunan Diterima Umum (General Accepted Accounting Principles)

OfficeCentral SAGA telah dibangunkan dengan mematuhi prinsip perakaunan diterima umum.

Perakaunan Akruan

Perakaunan Akruan

Sistem officeCentral SAGA ini adalah merupakan sistem perakaunan yang berasaskan perakaunan akruan.

Kod Carta Akaun Fleksibel

Kod Carta Akaun

Kod Carta Akaun dalam OfficeCentral SAGA telah dibangunkan secara fleksibel mengikut keperluan Agensi Kerajaan. Jenis akaun bagi Kod Carta Akaun terbahagi kepada; Liabiliti, Ekuiti, Belanja, Aset dan Hasil (L.E.B.A.H).

Transaksi kewangan boleh diperakaunkan setiap hari

Transaksi kewangan boleh diperakaunkan setiap hari

Dalam OfficeCentral SAGA, anda boleh perakaunkan transaksi kewangan anda setiap hari bagi menjana Penyata Kewangan yang diperlukan.

Single Point Data Entry

Single Point Data Entry

OfficeCentral SAGA telah dibangunkan secara bersepadu dan bercirikan single-point data entry. Kesemua modul dalam OfficeCentral SAGA adalah berhubung kait (interoperability).

Penambahan dan Pengurangan Modul

Penambahan dan Pengurangan Modul

Penambahan dan pengurangan modul boleh dilakukan mengikut keperluan Agensi Kerajaan.

Proses Aliran Kerja dalam Talian

Proses Aliran Kerja dalam Talian

Sistem ini juga berupaya untuk membuat proses aliran kerja dalam talian (online workflow) bermula daripada peringkat penyediaan sehingga kelulusan.

Kemudahan pembayaran dan terimaan secara elektronik

Kemudahan Pembayaran dan Terimaan Secara Elektronik

Sistem ini juga menyediakan kemudahan pembayaran dan terimaan secara elektronik.

Penyesuaian Bank

Penyesuaian Bank

OfficeCentral SAGA berupaya untuk membuat penyesuaian bank (bank reconciliation) melalui penyata bank yang dimuatnaik.

Penjanaan Penyata Kewangan

Penyata Kewangan

Sistem OfficeCentral SAGA juga adalah berupaya untuk menjana dan mencetak Penyata Kewangan yang lengkap dan laporan yang diperlukan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Pengauditan

Kebolehan Pengauditan

Sistem ini juga membolehkan data untuk diesktrak dari pengkalan data bagi tujuan pengauditan.

Pengebilan Automatik

Penyimpanan Data dan Jejak Audit

Sistem ini juga berupaya untuk menyimpan data dan jejak audit bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun seperti dalam keperluan SAGA.

Modul-Modul SAGA

OfficeCentral SAGA telah dibangunkan dengan modul-modul asas SAGA yang tersedia untuk digunakan oleh agensi kerajaan bagi mematuhi keperluan SAGA.

Carta Akaun

Lejar Am

Pengurusan Hasil

Buku Tunai

Pengurusan Perbelanjaan

Akaun Belum Bayar

Perakaunan pelbagai lokasi

Perolehan

Perakaunan Projek

Pengurusan Aset

Laporan yang dihasilkan secara automatik

Inventori

Membeli

Gaji

Bersepadu

Pelaburan

Pengebilan Automatik

Pinjaman dan Pajakan

Pembayaran Dalam Talian

Pendahuluan dan Tuntutan Kakitangan

Bersepadu

Amanah dan Deposit

Pengebilan Automatik

Kawalan Bajet

Pembayaran Dalam Talian

Pentadbiran Pengguna dan Keselamatan Sistem

Pembayaran Dalam Talian

Pengkosan Projek

Pembayaran Dalam Talian

Sistem Maklumat Pengurusan

Lihat Apa Para Pelanggan
Kami Katakan