Mengapakah Anda Perlu Menjadi Rakan Perniagaan dengan Kami?

Perakaunan Automatik untuk Jualan Pengurusan Pelanggan (CRM)

Pembelajaran yang Relevan dan Praktikal

Penyelesaian OfficeCentral Cloud ERP kami direka khas untuk syarikat-syarikat PKS dan juga organisasi besar, menawarkan modul komprehensif yang disesuaikan untuk pelbagai fungsi perniagaan seperti perakaunan, sumber manusia, pengurusan inventori, dan banyak lagi. Dengan Kerjasama ini, pelajar anda akan mendapat pengalaman praktikal dalam menggunakan alat digital yang relevan dengan bidang pengajian mereka.

Tingkatkan Daya Saing Pelajar Anda

Bekalkan pelajar anda dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan di pasaran kerja pada masa kini. Dengan menguasai modul perisian kami, pelajar akan mempunyai pengalaman menggunakan perisian digital dalam pengurusan perniagaan. Ini akan meningkatkan kecekapan mereka dalam proses-proses perniagaan yang penting, sekaligus meningkatkan daya saing mereka selepas tamat pengajian dan memposisikan mereka sebagai aset yang berharga kepada potensi majikan.

Perakaunan Automatik untuk Jual Beli
Perakaunan Automatik untuk Kewangan

Laluan Pembelajaran yang Fleksibel

Sesuaikan pengalaman pembelajaran berdasarkan latar belakang akademik dan aspirasi kerjaya pelajar anda. Sama ada mereka sedang mengejar ijazah dalam bidang perakaunan, sumber manusia, atau bidang berkaitan lain, pendekatan modular kami membolehkan mereka menumpukan kepada modul khusus yang sejajar dengan minat dan matlamat kerjaya mereka.

Manfaat Kerjasama dengan Kami

Permohonan Bajet

Akses kepada Perisian Terkemuka dalam Industri

Berikan pelajar anda peluang untuk mengakses perisian ERP berasaskan teknologi awan terkini, OfficeCentral Cloud ERP, yang membolehkan mereka mendapatkan pengalaman langsung dan juga skil digital yang sedang tinggi permintaannya pada era digital ini.

Permohonan Bajet

Latihan dan Sokongan

Kami akan menyediakan latihan yang menyeluruh dan juga sumber sokongan untuk membantu ahli-ahli fakulti anda untuk mengintegrasikan perisian kami sebagai alat bantu mengajar dengan berkesan. Pasukan kami komited untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar untuk kedua-dua pensyarah dan pelajar.

Penyemakan Bajet

Peluang Jaringan Profesional

Dengan kerjasama ini juga kita sama-sama mewujudkan peluang jaringan dengan profesional industri dan potensi majikan melalui rangkaian pelanggan dan juga rakan niaga kami.

choose

Mari Persiapkan Pelajar Anda untuk Kejayaan!

Marilah berkolaborasi dengan kami untuk menyediakan pelajar anda dengan kemahiran praktikal dan pengalaman yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran kerja yang kompetitif hari ini. Bersama-sama, kita dapat bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan dan potensi generasi pemimpin seterusnya dengan skil dan pengetahuan untuk berkembang dalam era digital.

Hubungi kami hari ini untuk meneroka peluang bekerjasama dan mengambil langkah pertama menuju transformasi kurikulum anda dengan penyelesaian OfficeCentral Cloud ERP kami.

Tingkatkan potensi pelajar-pelajar anda dengan pengalaman pembelajaran secara praktikal yang mampu mempersiapkan mereka untuk kejayaan pada masa hadapan.

Lihat Apa Para Pelanggan
Kami Katakan