OfficeCentral Manufacturing ERP

Menyelaraskan operasi produksi anda untuk meningkatkan kecekapan dan keuntungan syarikat anda!

Kami dapat membantu syarikat-syarikat pengeluar SME untuk meningkatkan jana pendapatan dan menjimatkan kos dengan meningkatkan kewangan dan operasi mereka. Mari kita tunjukkan kepada anda bagaimana kami dapat membantu pengurusan pembuatan dalam perniagaan anda.

Mulakan Sekarang!
manufacturing

Ciri-Ciri dan Modul

OfficeCentral Manufacturing ERP
manufacturing erp bill of materials
Bil Bahan-Bahan

Anda dapat mengetahui bahan atau ramuan untuk setiap produk pengeluaran syarikat anda. Tidak perlu lagi bergantung kepada senarai bahan-bahan dan daya ingatan.

manufacturing erp traceability
Kebolehkesanan

Mengesan nombor kelompok produk-produk dan komponen-komponen atau ramuan yang ia digunakan supaya anda dapat melakukan keputusan atau tindakan yang sewajarnya.

manufacturing erp product costing
Pengiraan Kos Produk

Pengiraan secara automatik untuk mengeluarkan produk anda yang dikira berdasarkan kos bahan yang diperlukan dapat dimudahkan.

manufacturing erp raw materials inventory management
Pengurusan Inventori Bahan Mentah

Mengenalpasti jika bahan-bahan mentah yang dimiliki mencukupi atau dalam keadaan yang baik supaya proses pengeluaran dapat dijalankan dengan sempurna.

manufacturing erp inventory management
Pengurusan Inventori Barangan Siap

Menentukan jika barangan-barangan siap atau produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat anda sudah tersedia untuk dibeli oleh pelanggan atau pengguna anda.

manufacturing erp dashboard
Papan Pemuka Pengeluaran

Anda boleh memantau proses pembuatan syarikat anda dalam masa yang nyata supaya anda dapat maklumat yang betul pada masa yang betul dan yakin dalam melakukan apa-apa keputusan.

manufacturing erp manufacturing instructions
Arahan Pembuatan

Memulakan proses pembuatan produk-produk anda dengan mudah dengan mimilih tarikh, tempoh penghantaran dan sasaran kuantiti produk-produk anda.

manufacturing erp update instructions
Kemaskini Arahan Pembuatan

Anda boleh mengemaskini butiran-butiran pengeluaran pembuatan seperti perkembangan dan apa-apa pembaziran yang dihadapi.

manufacturing erp integration
Integrasi dengan Sistem OfficeCentral ERP

Jejaki barangan-barangan siap dan mengurus pergerakan inventori anda supaya anda dapat menempah tempat inventori apabila pelanggan membuat pesanan melalui kumpulan pemasaran.

Mengapa Memilih Kami?

OfficeCentral Manufacturing ERP
manufacturing erp management

Mengurangkan Pembaziran, Risiko & Kos


Anda dapat mengurangkan pembaziran ketika proses pembuatan berjalan dengan cara mengawal bahan-bahan mentah yang berpotensi untuk mengurangkan perbelanjaan pengeluaran. Sistem ini dapat membantu pengurusan perusahaan dapat memastikan pematuhan peraturan diikuti supaya anda boleh meramal dan mengelakkan atau meminimumkan risiko yang bakal dihadapi.

productivity in manufacturing

Meningkatkan Produktiviti


OfficeCentral Manufacturing ERP dapat membantu anda melihat perkembangan dan jadual pengeluaran. Memantau perkembangan pengeluaran syarikat anda dapat membantu anda melihat prestasi syarikat samada pantas mencapai matlamat berdasarkan pelan yang anda telah tetapkan. Tingkatkan proses perniagaan untuk membantu pekerja dalam syarikat anda menyelesaikan lebih banyak kerja dengan efisyen.

manufacturing erp procedure

Piawaian Prosedur


Prosedur-prosedur pembuatan yang mengikut piawaian dapat perkembangan pengeluaran yang konsisten. Untuk mencapai piawaian dalam pembuatan yang berkualiti tinggi, anda boleh menggunakan Sistem OfficeCentral Manufacturing ERP untuk menggabungkan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan yang penting, pengawalan kualiti dan pematuhan industri.

supply chain

Meningkatkan Kecekapan dalam Rancangan Rantaian Bekalan, Pengurusan dan Pemenuhan Syarikat


Sistem OfficeCentral Manufacturing ERP boleh membantu anda rangkaian perdagangan global untuk kelebihan anda supaya dapat meningkatkan kecekapan dalam perancangan jualan dan operasi syarikat. Gunakan perancangan inventori berbilang lokasi dan berbilang logistik yang diintegrasi dengan Sistem Pengurusan Inventori.

DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA!


2016035etag4jQdfxjJXsSsukMVelghM0

Kami hormati Dasar Privasi anda.

Testimoni

Marilah dengar daripada pengguna-pengguna OfficeCentral tentang sistem kami!

"Sistem OfficeCentral ialah sistem yang sesuai, sangat mudah diakses kerana ia melihat semua sistem pada satu platform. Ia sangat mesra pengguna dan boleh diakses di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar dan komputer riba."

Puan Iz Fairuz

ALAM INFORMASI SDN BHD

"Sistem OfficeCentral dapat memudahkan kerja saya. Semua invois dan resit berada di dalam kawalan dan laporan-laporan dapat dijanakan dengan mudah apabila diperlukan."

Siti Hidayati

ADGEN RESOURCES SDN BHD

"Sistem OfficeCentral boleh diakses di mana sahaja tanpa perlu digunakan dalam pejabat. Sistem ini juga ada perlindungan kerana ia ada langkah sekuriti sebelum ia dapat menjanakan laporan."

Puan Kaznah Kuzi

TINTA WARISAN JAUHAR

"Sistem OfficeCentral adalah sistem yang terbaik untuk syarikat-syarikat SME kerana sistem OfficeCentral adalah sistem penyelesaian yang mudah untuk usahawan-usahawan mengurus prestasi perusahaan dan keputusan yang dapat diakses di mana dan bila-bila masa sahaja. PENYELESAIAN PENGURUSAN PEJABAT di dalam satu sistem..."

Puan Faridah Hanif

RIZQ TOYYIBA RESOURCES PLT

Syarikat kami sudah menggunakan sistem OfficeCentral lebih dari 5 tahun. Kami telah mendaftar untuk sistem ini apabila kerajaan sudah mula melaksanakan sistem GST. Kami berpuas hati dengan sistem ini kerana kami dapat simpan rekod perusahaan harian dengan mudah, walaupun dengan menggunakan telefon pintar.

Ia amat membantu kami menyediakan invois, Sistem Perakaunan, CRM dan Kewangan. Sebagai syarikat kecil seperti kami, sistem ini amat mampu milik dalam bajet kami. Semua perkara boleh di simpan di dalam sistem cloud tanpa simpan di dalam storan komputer.

Secara keseluruhan, saya amat mengesyorkan sistem ini kepada semua pengguna baru yang masih mencari sistem yang meliputi kebanyakan aspek dalam perusahaan

Raudhah Mohamad Ali

PEKANTULIS SDN BHD

Sistem Officecentral membuatkan kerja-kerja perakaunan lebih mudah sebab ia dapat menjana invois, baucar bayaran dan pesanan pembelian dalam satu platform. Sistem ini juga mesra pengguna untuk pengguna yang tiada latar belakang dalam perakaunan boleh menggunakan sistem OfficeCentral ini. Harga sistem ini juga mampu milik terutamanya untuk syarikat-syarikat SME.

Puan Kartini

MHE MEDICAL SUPPLIES