Mengapa Anda Perlu Memilih Pengurusan Inventori OfficeCentral?

Kebolehcapaian

Akses dari Mana Sahaja Anda Berada - Pada Bila-bila Masa Sahaja

Dengan Sistem Pengurusan Inventori OfficeCentral, anda boleh mengakses modul ini dari mana sahaja anda berada - oleh itu anda akan sentiasa mendapat data dengan cepat secara real-time dan memudahkan pemantauan inventori anda.

Memastikan Tahap Inventori Yang Optimum

Kami faham bahawa mempunyai tahap inventori yang optimum adalah amat penting untuk syarikat anda. Inventori yang kurang akan menyebabkan produktiviti syarikat anda menurun. Walau bagaimanapun, inventori yang terlalu banyak pula akan menyebabkan modal kerja anda terikat dengan inventori tersebut. Sistem Pengurusan Inventori OfficeCentral membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini!

Kurangkan Kertas
Optimumkan pengurusan inventori anda

Dapat Memenuhi Pesanan Pelanggan Dengan Lebih Cekap

Pernahkah anda menghadapi masalah untuk memenuhi pesanan pelanggan kerana pasukan jualan anda tidak tahu berapa kuantiti produk yang tersedia untuk dijual? Dengan sistem ini, pasukan jualan anda dapat tahu berapakah kuantiti inventori yang tersedia untuk dijual dengan lebih mudah dan cepat - semuanya di hujung jari!

Kerjasama Antara Jabatan yang Lebih Mudah

Dengan modul Sistem Pengurusan Inventori OfficeCentral, pasukan anda akan dapat bekerjasama dengan lebih mudah. Pasukan jualan dapat tahu berapakah unit yang tersedia untuk dijual, manakala pasukan pembelian pula dapat tahu bila mereka patut memesan dari pembekal. Pasukan anda sentiasa mendapat akses data terkini dari mana sahaja mereka berada.

Kerjasama yang Lebih Mudah

Apakah modul-modul yang ada dalam Pengurusan Inventori OfficeCentral?

Manpower

Pengurusan Maklumat Produk

Dalam modul ini, anda boleh menguruskan maklumat produk seperti nama, kod, harga dan sebagainya.

Mesej & Komunikasi

Pelbagai Jenis Kategori, Jenis dan Kumpulan Produk

Dalam modul ini, anda boleh mengklasifikasikan kategori, kumpulan dan jenis-jenis produk untuk memudahkan pengurusan anda dan juga bahagian laporan.

Berbilang Lokasi

Pengurusan Stok Bahan Mentah

Anda boleh menguruskan stok bahan mentah dalam Sistem Pengurusan Inventori OfficeCentral dengan cepat dan mudah. Pembelian bahan mentah dari pembekal melalui Modul Perolehan anda membolehkan bilangan stok dikemaskini secara terus. Dari stok ini juga boleh berintegrasi dengan Modul Pembuatan (Manufacturing) untuk memproses bahan mentah tersebut menjadi barang siap.

Bersepadu

Pengurusan Stok Bahan Separa Siap

Sistem ini juga membolehkan anda menguruskan stok bahan separa siap dengan lebih mudah dan berkesan.

Antara muka kepada platform jualan dalam talian

Pengurusan Stok Bahan Siap / Bahan Jualan

Sistem ini boleh menguruskan stok bahan jualan (bahan siap) dengan lebih efektif dan efisien. Modul ini dibangunkan secara bersepadu dengan Modul Pengurusan Jualan (CRM) dan juga Modul Pengurusan Jualan Runcit (POS), bagi memastikan tahap inventory dan transaksi inventori dilakukan secara automatik.

Inventori Bahan Mentah

Inventory Intelligence

Apabila data inventori aModul Inventory Intelligence telah dibangunkan khas untuk membantu anda menganggarkan jumlah stok yang anda perlu ada dan perlu beli pada sesuatu masa bagi memastikan tahap inventori anda berada di tahap yang optimum.

Antara muka untuk Pembelian

Stock Take

Sistem ini juga menyediakan modul Stock Take bagi memudahkan anda mengaudit tahap inventori anda dengan mudah. Anda boleh juga menggunakan sistem barcode scan untuk mempercepatkan proses ini.

Antaramuka kepada Perakaunan

Integrasi dengan Modul Perakaunan

Sistem ini adalah berintegrasi dengan Modul Perakaunan, yang mana, stok keluar masuk juga akan menghasilkan transaksi akaun secara automatik. Ini akan menjimatkan masa jabatan akaun anda dan meningkatkan produktiviti.

Profil Solusi Pengurusan Inventori OfficeCentral untuk anda

Lihat Apa Para Pelanggan
Kami Katakan