SEMINAR KEWANGAN DIGITAL 2023



Adakah anda menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan syarikat anda?
Masih lagi uruskan akaun dan kewangan secara manual? Nak belajar urus kewangan secara digital?
Tak tahu bagaimana cara yang betul untuk uruskan cukai bisnes?

Jangan risau! Kami boleh membantu anda!



Maklumat Seminar Kewangan Digital 2023



seminar-hr-digital-image


Tarikh:
23 SEPTEMBER 2023 (SABTU)

Masa:
9:00 PAGI - 5.00 PETANG

Lokasi:
PKNS BIZPOINT, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Apa yang Akan Dibincangkan Dalam Seminar Ini?

BAHAGIAN 1: PERANCANGAN KEWANGAN

Komponen Utama Dalam Perancangan Kewangan Syarikat
1) Pengiraan Kos
2) Forecast Tahunan

BAHAGIAN 2: PENGURUSAN KEWANGAN

1) Dokumentasi Dalam Pengurusan Kewangan

BAHAGIAN 3: PENGURUSAN KEWANGAN SECARA DIGITAL

1) Software Akaun Memudahkan Urus Duit Bisnes

BAHAGIAN 4: PERSYARIKATAN

1) Pematuhan Akta Syarikat
2) Dokumen Yang Perlu Diserahsimpan ke SSM
3) Langkah Yang Perlu Diambil Bagi Mengelakkan Kompaun

BAHAGIAN 5: PERCUKAIAN

1) Beza Kiraan Cukai Untuk Setiap Entiti
2) Jenis Cukai Yang Ada
3) Dokumen Sokongan Yang Perlu Disimpan

JIKA ANDA SERTAI SEMINAR INI, KAMI ADA BONUS UNTUK ANDA!

bonus seminar kewangan digital 2023

Kenali Speaker-Speaker Yang Akan Kongsikan Pengalaman Mereka Dalam Seminar Kewangan Digital 2023 Nanti

Puan Irnee binti Ismail

Puan Irnee merupakan lulusan perakaunan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) dari Dublin Business School, Ireland.

Beliau mempunyai lebih dari 15 tahun pengalaman dalam bidang kewangan korporat dengan syarikat dari dalam dan luar negara.

Antara industri penglibatan beliau ialah firma audit, NGO untuk orang kurang upaya, perbankan, pendidikan, hartanah dan gadai janji. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dalam pelbagai fungsi kewangan dan perakaunan yang berkaitan termasuk audit, belanjawan, operasi bisnes dan pengurusan pelaburan.

Beliau kini terlibat sepenuhnya dalam program coaching dan mentoring di bawah ABS Ainon Business Solutions Sdn Bhd.



Puan Armiati binti Mohd Ismail


Puan Armiati Mohd Ismail merupakan seorang jurulatih berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF), dan jurulatih di bawah Ainon Business School (ABS) semenjak tahun 2015.

Pernah berkhidmat selama 16 tahun di syarikat milik penuh kerajaan (GLC) sebagai Setiausaha Eksekutif dan Pembantu Peribadi kepada pengurusan atasan. Mempunyai pengalaman sebagai Islamic Financial Planner selama 6 tahun dalam bidang Takaful dan Penulisan Wasiat.

Kini menerajui ABS Business Services PLT sebagai Ketua Pegawai Operasi semenjak tahun 2014. Beliau telah dilantik sebagai Perunding Latihan dan Koordinator Program bagi Modul Lead Like Muhammad (LLM) kepada syarikat swasta dan usahawan pemula (startup) yang telah dilatih sepenuhnya oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi ABS.



Tuan Syarifuddin bin Abu Bakar

Beliau merupakan seorang akauntan bertauliah berdaftar sejak 23hb November 2017.

Beliau menamatkan pengajian di UiTM di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan sejak 2011, dan berpengalaman lebih dari 12 tahun di dalam bidang perakaunan, percukaian, pengauditan, setiausaha syarikat dan juga konsultansi perniagaan.

Firma Syarifuddin & Co. ditubuhkan bermula pada 4hb September 2018 dengan memberi servis-servis berkaitan bidang perakaunan, pengauditan dan percukaian syarikat dan individu.

Sehingga kini, Firma Syarifuddin & Co. telah memberikan servis perakaunan, pengauditan dan percukaian kepada lebih dari 400 pelanggan yang terdiri dari individu, pemilik bisnes Enterprise, Perkongsian Am dan syarikat Sendirian Berhad.



Tuan Dr Amjath Jamal


Dr Amjath Jamal bin Shaik Abdul Kader memulakan kerjaya beliau di Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis, di syarikat B. Braun Medical Industries, sebuah syarikat multinasional Jerman, Cement Malaysia Berhad (CIMA) di Pulau Pinang, dan Mahmood Security (M) Sdn. Bhd sebagai Pengurus Kewangan Kanan di Kuala Lumpur.

Beliau mendapat pendidikan dalam DBA (Kewangan) di UIAM ((Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), dan Pemegang MBA (Kewangan) dari UIAM, dan graduan Universiti RMIT, Australia.

Sekarang beliau turut terlibat sebagai pensyarah Perakaunan dan Kewangan, serta jurulatih berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau juga adalah jurulatih bertauliah HRDF, dan pensyarah sambilan di UM (Universiti Malaya) dan Universiti Lincoln dalam jurusan Perakaunan & Kewangan.

YURAN PENYERTAAN SEMINAR KEWANGAN DIGITAL 2023

Harga EARLY BIRD (SINGLE): RM 199 SEORANG

Harga EARLY BIRD (COMBO): RM 150 SEORANG (MINIMUM 2 ORANG)

! HARGA EARLY SEHINGGA 21 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS) !

Harga Normal: RM 250 SEORANG

Harga Combo: RM 235 SEORANG