SEMINAR HR DIGITAL 2023



Adakah anda menghadapi masalah dalam pengurusan staf?
Makin ramai staf, makin pening?
Tak tahu bagaimana nak tangani masalah isu disiplin staf?

Jangan risau! Kami boleh membantu anda!

seminar-hr-digital-image


Maklumat Seminar HR Digital



Tarikh:
8 JULAI 2023, SABTU

Masa:
10.00 PAGI - 5.00 PETANG

Platform
ZOOM ONLINE

Apa yang Akan Dibincangkan Dalam Seminar Ini?

BAHAGIAN 1: : Meningkatkan Prestasi dan Produktiviti Staf yang Bermasalah

1) Gaya kepimpinan yang memberi inspirasi dan motivasi kepada pasukan kerja.
2) Teknik memberi feedback yang menaikkan produktiviti staf.
3) Cara selamat membetulkan kesilapan dan kerugian yang dilakukan oleh staf.
4) Cara mengurus staf yang berkarektor lemah dan menyusahkan rakan sekerja.

BAHAGIAN 2: Penerangan Sistem HR & Payroll

1) Kepentingan menggunakan sistem HR dan Payroll dan demo sistem OfficeCentral HRMS & Payroll

BAHAGIAN 3: Tugas, Tanggungjawab & Peraturan

1) Kepentingan pengurusan disiplin dan salah laku dalam syarikat.
2) Tugas, tanggungjawab dan hak majikan.
3) Tugas, tanggungjawab dan hak pekerja.
4) Tugas dan tanggungjawab ketua bahagian/unit
5) Peraturan dalam menyelesaikan masalah dan pertikaian staf

BAHAGIAN 4: Jenis Disiplin & Salah laku

1) Jenis salah laku yang biasa berlaku di tempat kerja.
2) Prosedur disiplin yang asas.
3) Hak keadilan asasi (Natural justice) dan prinsip keadilan.
4) Proses siasatan dalaman (Domestic enquiry).

2 Trainer Yang Kongsikan Pengalaman Mereka Dalam Bengkel Ini

trainer-nurhidayah-jaafar

Trainer 1: Puan Nurhidayah Jaafar


Puan Nurhidayah Jaafar merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan. Beliau mula memberikan khidmat latihan dan konsultasi sejak tahun 2012 sehingga kini. Sepanjang 11 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 5,000 orang dalam sektor awam, korporat, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.

Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, ABS Edu Consult PLT iaitu salah sebuah anak syarikat ABS Education Sdn. Bhd. Selain dari mengendalikan training dan mengurus acara, pasukan beliau turut menawarkan servis penyediakan Standard Operating Procedure (SOP) untuk bisnes kecil yang mahu berkembang.

Pada masa yang sama, beliau diberi kepercayaan sebagai Ketua Jurulatih untuk membimbing kumpulan pengusaha dan guru Rangkaian Tadika Aktif Bijak Santun supaya mengamalkan teknik dorongan positif dalam persekitaran kerja mereka.

Melihat kepada teknologi digital learning yang semakin berkembang, pada 2019, pasukan beliau mengasaskan InnoLearn, platform pembelajaran atas talian yang bertahan dalam tempoh 2 tahun.

Bermula 2021, beliau membuat keputusan untuk fokus kepada bidang latihan dan perundingan. Pada hari ini, pasukan beliau sedang giat mengkaji dan membangunkan teknologi baharu untuk industri latihan kepimpinan, komunikasi interpersonal dan public speaking.

Aktif berkongsi di media sosial dan menulis buku. Sehingga kini, beliau sudah menulis 7 buah buku fizikal dan digital di bawah penerbit profesional atau terbitan syarikat beliau sendiri. Boleh ikuti perkongsian beliau di Facebook dan Tiktok: Nurhidayah Jaafar.




Trainer 2: Tuan Muhammad Faris

Tuan Muhammad Faris adalah seorang akauntan yang bertauliah dan juga rakan kongsi dalam Tech Harvest Capital PLT.

Tech Harvest Capital PLT telah ditubuhkan pada 31 Januari 2020.

Beliau mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan dan sumber manusia.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

trainer-muhammad-faris

YURAN PENYERTAAN SEMINAR HR DIGITAL

SEMINAR ONLINE

Harga Promo: RM 99 SEORANG (Sehingga 5 Julai 2023)

Harga Normal: RM 150 SEORANG

Harga Combo: RM 88 (MINIMUM 2 ORANG)